Senin, 23 Desember 2013

Barisan Artis Popular Jayakan Konsert Destini


Penglibatan pelbagai artis popular dalam Konsert Destini pada 20 dan 21 Disember depan merupakan salah satu langkah yang diambil untuk membantu pelajar yang kurang berkemampuan dalam melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Konsert anjuran Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Fakulti Filem Teater dan Animasi (FiTA) UiTM bakal menampilkan artis popular seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Awie, Amy Search, Jaclyn Victor, Hafiz Suip, Dayang Nurfaizah dan Adira.

Kemeriahan konsert yang bakal diadakan di Dewan Sri Budiman itu juga akan diserikan dengan kehadiran bintang Indonesia iaitu Dato’ Rossa dan Pasha Ungu.

Tujuan utama konsert ini diadakan adalah untuk mengumpul dana tambahan bagi Tabung Pendidikan Anak Bangsa yang merupakan tabung dermasiswa bagi membantu pelajar cemerlang yang kurang berkemampuan untuk menyambung pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Tiket-tiket bagi konsert ini berharga serendah RM30 sehingga RM1,000.

Oleh: AUDREY LEE

Tidak ada komentar:

Posting Komentar