Minggu, 29 Desember 2013

Setelah sedar lihat mayat di sisi

myMetro 01 Ogos 2013

“Saya hanya mampu menangis kesakitan dan sedih mengenangkan nasib mereka,” kata Nor Syarifah Hazwani Bardaidi.
Gadis berusia 21 tahun itu satu-satunya mangsa yang terselamat dalam kemalangan meragut lima nyawa membabitkan pemandu dan penumpang kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda Odyssey di Kilometer 21, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, MPV dinaiki mereka terbabas ke penghadang jalan sebelum merempuh pokok dan tiang lampu, menyebabkan kelima-lima mangsa maut di tempat kejadian.
Foto
NOR Syarifah Hazwani sebak menceritakan kejadian. Gambar bulat, mangsa bersama teman lelaki, Mohd Fadzli.

Mereka teman lelaki Nor Syarifah Hazwani, Mohd Fadzli Mohd Fakri, 20, yang juga pemandu kenderaan itu, Hairul Adham Hamidan, 25, Nazierul Khalies Mohd Ashari, 19, Nor’ain Alias, 23, dan Siti Sabariah Mohd Noorddin, 24.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar